Pesan Orang Tua

Posted: January 24, 2011 in MetaPoorah

Macam ikan ngan umpan, dari dulu sampai skang ikan tetap nak makan umpan, walaupun dah bergenerasi ikan dan kita manusia yang menangkap ikan namun ikan tetap makan umpan. Manusia pun gitu gak. Dah bergenerasi manusia buat silap dan nampak hasil manusia lain buat silap tapi tetap jugak kita buat silap.

Aku teringat zaman aku kanak-kanak. Aku tak mampu beli majalah yang aku minat macam bambino ke, bintang kecil ke jadi bahan bacaan aku adalah apa yang kakak aku beli. :p Majalah Remaja. Antara yang menarik perhatian aku adalah luahan rasa kecewa, kesal, hampa dan macam-macam lagi akibat tertipu oleh kekasih. Ketelanjuran, mengandung anak sebelum nikah atau memang langsung tak nikah pun ngan “bapak” budak tu, berkesudahan jadi “anak jalanan” atau lebih sedih lagi “anak sampahan”. Cerita-cerita ni, hari demi hari disajikan dalam majalah “remaja” itu. Konon-konon menjadi panduan untuk remaja-remaja supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Setiap kali berakhir artikel-artikel seperti itu, akan disudahkan dengan ayat, “semoga kisah saya ini menjadi panduan kepada remaja-remaja di luar sana”.

Sampai hari ini, cerita ketelanjuran bukan makin kurang, makin galak. Makin menjadi-jadi. Sampai suatu tahap, menjadi “trend”. Adehh. Memang masuk lubuk arr, kalau jadi trend ikan makan umpan.

Sampai aku pernah terfikir, tak ada langsung ke yang ingin mendengar dan mengambil iktibar dan seterusnya betul² mengelakkan “umpan”? Pasti hebat manusia itu suatu hari nanti. Masalahnya, kita sekadar tidak percaya “orang tua” yang terlebih dahulu melalui path hidup mereka. Tidak percaya yang jika kita belok ke “kiri” akan bertemu jalan berduri, berliku, kene panjat gunung, terjun paya selepas jalan lurus yang senang dan mudah.

Ilham > Cinta?

Posted: January 9, 2011 in MetaPoorah

Mencari ilham tak macam mencari orang yang namanya ilham. Tak macam mencari kunci kereta yang terjatuh dalam longkang yang penutupnya adalah besi berat yang memerlukan sekurang-kurangnya 2orang untuk mengangkatnya. Dah dapat kunci, nak tutup balik besi penutup longkang tu? Ah, malas arr…penat…eheheheh…

Ilham datang kepada semua orang. Ada orang yang sedar ilham datang. Ada orang kata dia sedang berangan. Ada orang kata dia mendapat idea, ya…idea, nama lain untuk ilham? Tapi sedih untuk mereka yang ilham datang kepada mereka tapi tidak disedari. Lebih sedih lagi apabila mereka dengan relanya mengatakan itu hanya imaginasi atau angan-angan “kosong”. Ya, kosong…mereka isytiharkan ilham itu sebagai “sampah”. Kesian pada si ilham, salah tuan dia singgah, hehehe…

Masa kehadiran ilham pun tak menentu. Sedang-sedang enak menyediakan diri nak beradu, atau dengan kata lain, berguling-guling sambil cari “posisi” selesa, dia datang singgah. Kadang-kadang, tengah asyik melayan “panggilan alam”. Ah, macam mana nak menyambut persinggahan si ilham ni? ehehehe…even allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri pun disinggahi si ilham di dalam bilik mandi. Menurut allahyarham Puan Sri Saloma, kadang-kadang sampai berjam-jam. Huhuhu…itu untuk orang yang sanggup menunggu si ilham dan menyambutnya dengan “ramah” dan “mesra”. 🙂

Siapa ilham? Apa nak buat tiap kali dia datang singgah? Itulah persoalannya. Apa kaitan kita dengan si ilham? Ilhamlah punca segala-gala perubahan yang berlaku dalam diri kita. Punca yang membuat kita termenung seketika dan juga punca “rezeki” yang tidak diduga. Macam lagu “Kerana Takdir – Saleem”, Bila terang ia hadir, walaupun diusir, bila kelam ia hilang, walaupun diundang. Tapi itu untuk si cinta, sama pulak dengan si ilham.

Mungkin mudahnya, mencari sesuatu biar berpada-pada, tak usah tergesa-gesa. Bila “dia” datang, tak minta pun tiba-tiba terpacul, makanya, layankan ajeeeee…

Metafora > MetaPoorah

Posted: January 6, 2011 in MetaPoorah

Hidup penuh dengan perumpamaan. Hidup penuh dengan contoh dan perbandingan. Manusia tidak mampu menamakan semua benda yang wujud dengan satu perkataan. Malah perkataan yang wujud ini pun tidak mampu dihuraikan makna setiap satunya. Apa itu Merah? Contoh mudah, siapa antara kita yang mampu menjelaskan bagaimana rupa atau bentuk atau keadaan warna merah kepada seorang buta yang butanya dari sejak lahir. 🙂

Satu skill atau kebijaksaan manusia adalah membuat persamaan atau perbandingan setiap satu “benda” dengan “benda” yang lain. Maka aku pun cubalah mengasah satu skill yang sememangnya ada pada manusia sejak azalinya. Mengumpamakan sesuatu perkara dengan perkara yang lain menggunakan situasi yang lain sebagai perumpamaan. Dengan kata lain nya metafora, cuma lebih merepek dan mengarut.

Yang penting, untuk “pleasure” aku sendiri. :p